Qurbani menawarkan pilihan untuk pelanggan memilih tarikh pelaksanaan aqiqah, bersesuaian dengan sunah Rasulullah SAW untuk melaksanakan aqiqah untuk bayi yang baru dilahirkan pada hari ke-7 kelahiranya di samping memberikan nama yang baik dan juga mencukur rambut bayi tersebut. Ini berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari yang ketujuh selepas kelahirannya, dalam masa yang sama diberikan nama dan dicukur rambutnya”.-Riwayat Abu Daud (1522)
Syeikh Zakariyya al-Ansari Rhm (wafat 926H) menyebut di dalam kitabnya, waktu untuk melakukan aqiqah bermula seusai kelahiran bayi tersebut sehinggalah waktu mencapai usia baligh.(Lihat: al-Ghurur al-Bahiyyah, 5/171)Berdasarkan hadis lain yang diriwayatkan oleh Buraidah Bin Husoib al-Aslami RA,
العقيقةُ تُذْبَحُ لسَبْعٍ، أوْ لِأَرْبَعَ عشرَةَ، أوْ لِإِحْدى وعشرينَ
Maksudnya: Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari ketujuh, atau hari ke-14 atau hari ke-21.-Riwayat al-Baihaqi (19771)
Asalnya, disunatkan untuk buat hari ketujuh. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak berkemampuan, laksanakanlah pada hari yang ke-14. Jika tidak berkemampuan juga, laksanakan pada hari yang ke-21. Sekiranya tidak berkelapangan juga, boleh dilakukan pada mana-mana hari yang berkelapangan. Ini juga pandangan yang dinyatakan oleh Dar al-Ifta’ Mesir.
Polisi perkhidmatan kami adalah membuat tempahan 7 hari sebelum tarikh yang ingin dilaksanakan untuk memastikan masa yang mencukupi untuk proses pengurusan dan pengesahan maklumat. Selepas membuat tempahan, anda boleh menghubungi wakil jualan atau pejabat urusan kami untuk membuat penyelarasan tarikh pelaksanaan bersesuaian dengan keperluan anda.
Untuk tempahan aqiqah dalam tempoh sebulan (30hari) sebelum Aidiladha, pihak Qurbani mungkin tidak dapat memenuhi permintaan pelaksanaan dalam dengan tarikh yang ditetapkan kerana permintaan yang tinggi. Sila berhubung dengan kami untuk aturan dan penjelasan lebih lanjut.